Pages

me

me
my baby boy

Wednesday, October 12, 2011

nyesal

geram mmg geram.. mula2 dulu bkn main lai janji mcm2... lama2 aku perasan ada sikit2 perubahan.. eeee nyesal mmg nyesal gak tp nak uat cam ner dah aku silap langkah mudah sangat percaya... kompom lepas ni aku x nak lah percaya ckp org2 ni yg penting setelkan apa yg ada.... semuanya nyusahkan idup aku jerk ........ stress dan nyesal x sudah dah aku mi...

Monday, October 10, 2011

perlu kah aku??

hari ni aku tiba2 rasa sedih dan pilu setelah aku terbaca satu massage tentang pernikahan kawan aku roshan. dulu dia pernah kata aku lah kwn baik dia selamanya. segala susah dan senang akan diceritakan dan x ada selindung antara kami. dan yg aku masih ingat sampai sekarang adalah cam ner dia pernah kata soal masa dpn kami iaitu andai kata salah sorang kawin dulu dan dia pernah kata mst jemput kawan baik .. dan bgtau yg kawan baik kawin.. tp naper dia mungkir janji di... mudahkan buat janji lepas tu lupa...

mungkin ada yg kata aku cemburu sebab dia kawin dulu sebelum aku... no la aku x cemburu pun sebab aku tau sapa aku kat at idia.. dia just angap aku teman tapi mesra dia cam lagu ratu tu...cuma aku terkilan bila dia x ingat janji dia pada aku.. yala kan orang mabuk bercinta mana nak ingat kawan baik dia...

apa pun aku doakan dia bahagia dan terus bahagia... dan yg paling penting aku hope sangat bio la kali ni umah tangga dia bahagia dan kekal selamanya dan x jadi cam dulu.... moga awak akan jadi suami yg baik dan bertanggungjawab serta senantiasa membahagiakan .... terima kasih sbb pernah jadi kawan baik saya dan pernah jadi tempat sy meluahkan isi ati dikala saya memerlukan seseorang....
sesungguhnya awk tetap kawan dan teman sy yg terbaik....

Sunday, October 9, 2011

kenangan...

tarikh ni masa ni 8/10/2010 (tahun lepas) masa jam 6ptg hari jumaat aku dimasukkan ke wad di hospital putrajaya... semua ni gara2 terlalu banyak ubat kurus aku makan sehingga dr. suspek aku kena kena batu karang dalam hempedu... mau 5 hari gak la aku dok sepital ... dr. xray x jumpa gak batu tu. dia kata maybe batu tu kecik la tp masyaallah sakitnya tuhan jerk yg tau..masa tu mak lansung x tau aku masuk sepital sbb aku x nak mak risau yg tau just abg2 aku... kwn2 aku ... dan yg paling berharga ketika itu my kakak angkat sis azie dtg melawat kat sepital masa tu dah mlm tp dia still dtg lawat aku.. tq sis luv u so much... yang paling aku takut masa tu kena operat sebab dr. kata kalau jumpa jerk batu tu kat dlm hempedu aku kena operat serta merta Ya!Allah kau jerk tau cam ner cuaknya aku masa tu...

tapi sekarang alhamdullillah dah sihat cuma kdg2 jerk sakit tu dtg tp x ada la teruk dam dulu cuma aku dah x amik dah banyak sangat suppliment sbb aku dah x nak sakit cam dulu... bio la montel cam skrg dari sakit dan kena tahan wad... tq pd kawan2 yg dtg lawat dan yg doakan aku cepat sembug masa tu...

moral of the story dari pengalaman aku ni jgn suka suki amik ubat selain dari saranan pakar...

Friday, October 7, 2011

jgn tipu lai

huhuh bkn aku x nak maafkan ko tp aku x suka bila ko dok msg dan call aku cter pasal keburukan wife ko pada hal semua tu tipu jerk... mujuq la ada kwn aku yg dok ckp kat aku yg ko sebenarnya x ada pun problem ngan wife ko... adoii aii nape la tergamak ko cter cam tu kat aku pasal wife ko...

apa niat ko sebenarnya?? td ko msg aku mtk maaf kat aku... naper perlu ko msg mtk sori kat aku ... g ler mintak sori kat wife ko sbb teruk gle tuduha ko pada wife ko.. yg plg teruk ko kata wife ko ada jantan lain...

masa mula2 ko cter dulu aku pelik gak sbb ko dah tau bini ko curang naper ko x ceraikan jerk bini ko.. bkn la niat aku nak runtuhkan rumahtangga ko tp ko yg beria2 cter yg wife ko curang... bila aku tanya naper x lepaskan jerk ko jwb ko syg anak2 ko tp ari2 ko bersungut kat aku yg wife ko x pernah endahkan ko sampai mkn mnum ko pun x terjaga sampai tdo pun atas lantai jerk adoii aii.. apa pun aku bersyukur sangat2 sbb ada kwn aku yg tlg aku siasatkan pasal ko... mmg sian kat wife ko...

apa pun pada ko yg disana aku hope sangat2 ko insaf la jgn la burukkan wife ko lai erk... x elok.. jaga la umah tangga ko x yah la ssh2 cari aku k... (mujur la dia x pernah jumpa aku)

keluarga ku

walaupun gambar ni leh dikatakan dah lama diambil tp membawa seribu satu makna dlm hidup keluargaku...



ini la permulaan penyatuan ukhuwah yg terpisah satu ketika dulu apa pun setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.....

ini kira baru 3/4 kaum keluarga ku blm semua ada ni kalau semua ada mau haruk piruk umah dan kompom penuh... bila tengok suasana bahagia ni aku teringin nak uat umah kat tapak umah arwah uwan dan aku nak kumpulkan semua ahli keluarga ku keturunan Osman bin Pakar dan Salmah binti Sudin.... moga impian dan cita2 ku ini akan tercapai...
aku sayang keluarga ku terutama sepupu-sepupu ku... syg uols.......

Wednesday, October 5, 2011

10 Rahsia Cinta??

Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang kamu inginkan akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati itu adalah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "Apa yang aku hormati dalam diriku ?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri,"Apa yang aku hormati dalam diri mereka ?"

Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?" dan bukan "Apa yang akan aku dapat".

Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

Kekuatan untuk melepaskan

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu ?

Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama; yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.

Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

buat roshan

bila dok dengar lagu ni kompom aku teringat pada seseorang yg pernah jadi kawan amat rapat ngan aku satu ketika dulu...

aku tujukan lagu ni uat roshan... apap pun kenangan menjadi kawan dia mmg best.... cuma sekarang ada jurang ckp dlm diantara aku ngan dia coz dia dah jadi suami org so x leh nak manja2 cam dulu...

apa pun roshan i doakan agar u bahagia selalu dan hope kali ni umah tangga u akan kekal dan berkekalan hingga keakhir zaman amin....

sahabat




ku tujukan uat sahabat2 karib ku...lina mastura, azie, iela, punit, kacuk, mek kay, leen, sesungguhnya aku sayang ngan ko org...